Powered By Blogger

Monday, 19 October 2015

Allah. Aku lemah.



Bismillah.

''Di saat kau rasa kau tiada sesiapa selain Allah swt. Allah swt itu lebih dari cukup''
-Di bawah lindungan Ka'abah. Karya Buya Hamka.


Jatuh terduduk.
Mengengsot sedikit demi sedikit.
Walau hanya sedikit cahaya yang tinggal.

Allah.
Perih rasanya.
Lemahnya aku.

Maafkan aku atas segala kelalaian ku dari mengingatiMu setiap detik.
Ampuni aku.
Ampuni aku saat aku tersilap letak pergantungan harapku pada hambaMu yang lain.
Ampuni khilafku Ya Allah.

Benar.
Hanya padaMu tempat bergantung.
Hanya padaMu tempat berharap.

Al-Insyirah. Ayat 5.

Yakinkan aku dengan firmanMu ya Allah.
Bantu aku pasakkan seteguh teguh keyakinan pada setiap janjiMu.
Sungguh. Engkau benar2 tidak memungkiri janji.

Lapangkan dadaku atas setiap apa yang terjadi.
Sungguh aku lemah.


Aku bilang,
aku tidak suka dikelilingi oleh aura2 negatif.
Maka Kau hadirkan di sekelilingku mereka yang bersifat sedemikian.
Demi mendidikku bagaimana untuk membantu mereka turut menjadi positif.
Tapi jiwaku memberontak.
Aku perlukan bimbingan.
Bantu aku.
Bimbingi aku.

Jangan pernah Kau biarkan nasib diriku ditentukan oleh selain dariMu.

Kuatkan aku.

Bimbing aku.

Teguhkan hatiku.

Aku rasa tidak mampu.

Tapi Engkau tegas melarang hambaMu yang beriman berputus asa dengan rahmatMu.

Maka aku berharap pada rahmatMu.

Do'a.
Aku bilang aku hanya mampu berdo'a.
Padahal do'a itu satu senjata ampuh.
Hanya yang terpilih olehMu mampu berdo'a,
Maka.
Kau tunjukkanlah padaKu.
Dan pada mereka yang Engkau pilih.
Bahawa rahmatMu lebih luas dari alam semesta ini.






-hambalemah